Cari @ Amanz

Grab mengambil alih perniagaan tempahan kenderaan Uber pada 26 Mac lalu. Sejurus selepas persetujuan ditandatangani, kedua-dua syarikat telah disiasat oleh Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Singapura (CCCS) dan dijatuhkan hukuman denda pada bulan Julai. Hari ini jumlah denda akhirnya diumumkan oleh CCCS.

Grab dikenakan denda SGD 6,582,055 (~RM 19.9 juta) manakala Uber pula dikenakan denda SGD 6,419,647 (~RM 19.4 juta) kerana didapati bersalah melanggar seksyen 53 akta persaingan republik tersebut. CCCS mendapati tambang Grab meningkat sehingga 15% pasca penggabungan dan mereka kini memegang 80% pasaran tempahan kenderaan menggunakan aplikasi Singapura.

CCCS turut menyarankan supaya perjanjian eksklusif yang memerlukan pemandu yang hanya menggunakan Grab dibatalkan. Perjanjian dengan syarikat yang sama turut disarankan supaya dihentikan. Pada waktu yang sama algoritma penentuan harga serta komisen yang diberikan kepada pemandu dikekalkan sehingga wujud semula persaingan di pasaran.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd