BAE Systems Membangunkan “Kokpit Boleh-Pakai” Untuk Pesawat Pejuang

BAE Systems Membangunkan “Kokpit Boleh-Pakai” Untuk Pesawat Pejuang

Diterbitkan pada Sep 24, 2018 oleh .

Peranti boleh-pakai menjejak kesihatan pengguna dan turut memberikan notifkasi dari peranti pintar. Di BAE Systems, istilah boleh-pakai ini dikembangkan lagi untuk digunakan pada kokpit pesawat pejuang yang sedang mereka bangunkan. Konsep “kokpit boleh-pakai” mereka akan memberikan kelebihan kepada juruterbang masa hadapan dalam menghadapi musuh.

Skrin dan tombol fizikal akan digantikan dengan paparan maya pada topi keledar yang dipakai juruterbang. Pelbagai maklumat tentang pesawat turut boleh dipaparkan pada lengan. Dengan menggunakan paparan maya, juruterbangĀ  tidak perlu memandang ke bawah untuk mengetahui kedudukan musuh pada radar dan pelbagai instrumen lain. Sistem penjejak mata dan gesture pula membolehkan kawalan diberikan tanpa menyentuh paparan atau butang fizikal yang terapung di udara.

Kelebihan kedua ialah sistem pesawat boleh dikustomasi mengikut misi tanpa perlu ditukar secara fizikal. Ini sekaligus mengurangkan berat pesawat dan akan meningkatkan prestasi ketika di melakukan misi. Sebahagian konsep yang diperlihatkan ini mungkin akan digunakan kelak pada pesawat tempur Tempest yang mungkin memulakan operasi pada tahun 2035 kelak.


TIPS & ULASAN