Cari @ Amanz

Antara bahaya insan yang sudah berusia ialah terjatuh ketika di rumah. Dari pengalaman peribadi ramai saudara mara berusia yang meninggal dunia ketika keseorangan. Oleh itu sistem pengesan jatuh Fall Detection diperkenalkan pada Apple Watch 4 bagi memberikan bantuan kecemasan automatik apabila pemakai terjatuh.

Sistem ini walau bagaimanapun tidak diaktifkan secara automatik kepada semua pengguna. Ia hanya diaktifkan bagi pengguna berusia 65 tahun ke atas. Bagi pengguna lebih muda, ia perlu diaktifkan secara manual menerusi skrin tetapan Apple Watch 4.

Apabila mengesan pengguna terjatuh, skrin akan memaparkan pilihan “I fell but I’m OK,” “I did not fall,” atau “Emergency SOS”. Jika ia tidak mengesan pergerakan selama satu minat, ia akan memberikan masa 15 saat sebelum sistem SOS menghantar mesej kepada insan yang diletakkan di dalam senarai nombor kecemasan yang dimasukkan ke dalam aplikasi Health App iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd