Carian
Telefon Dengan Kebolehan Memainkan Fornite Di Bawah RM1700
September 24, 2018 Arib Ismail

Permainan “Battle Royale” boleh dikatakan sangat popular sejak akhir-akhir ini, dengan menghimpunkan kesemua pemain di dalam suatu lokasi dan membunuh kesemua pemain lain untuk menang. Ia membuatkan para pembangun menawarkannya untuk berbilang platform, yang kini ia sedia didapati pada konsol, PC, dan platform mudah-alih. Pada platform mudah-alih, PUBG Mobile antara yang popular setakat ini, diikuti oleh Fornite yang sedang diuji secara beta. Fornite menawarkan corak permainan seumpama PUBG, dengan penawaran grafik dan latar permainan yang lebih ceria.

Namun pada Android, peranti yang menyokong permainan ini memerlukan spesifikasi yang berkuasa, yang mana sering dijual pada harga jualan yang agak tinggi. Fornite hadir dengan grafik yang tinggi, sekaligus membuatkan hanya sejumlah peranti terkini sahaja yang boleh memainkan permainan ini dengan baik. Jadi untuk itu, kami menyenaraikan 5 telefon di bawah RM1700 yang anda boleh gunakan untuk memainkan Fornite.

Sebelum itu, peranti yang dipilih di dalam senarai ini adalah berdasarkan senarai peranti yang telah dikeluarkan oleh Fornite secara rasmi. Anda boleh menyemak senarai penuh peranti yang menyokong Fornite Beta melalui pautan di bawah.

Sekiranya peranti anda tidak tersenarai, peranti anda mungkin akan boleh memainkan Fornite versi stabil akan datang melalui keperluan minimum seperti:

  • Sokongan GPU Adreno 530 / Mali-G71 MP20 / Mali-G72 MP12 atau lebih berkuasa (peranti dengan cip flagship Snapdragon 820 / Exynos 8895 / Kirin 970 dan ke atas).
  • Penggunaan memori 3GB RAM.
  • Dan menjalankan Android 5.0 dan ke atas.

Perlu diingatkan juga, kesemua harga peranti yang dipilih adalah berdasarkan harga rasmi daripada pengeluar dan bukannya mengikut harga yang telah diolah oleh kedai.


05

ZTE Nubia Z11

ZTE Nubia Z11 merupakan peranti termurah yang anda boleh memainkan Fornite setakat ini melalui harga jualan RM999. Ia menawarkan skrin sisi bingkai nipis pada saiz 5.5-inci, memori 6GB RAM, dan menawarkan keupayaan kamera dengan sokongan OIS.

Cuma kekuragannya, ia menggunakan cip keluaran tahun 2016, mempunyai nisbah skrin lama, tiada sokongan Portrait Mode, dan menawarkan kapasiti bateri 3000 mAh.

Spesifikasi:

  • 5.5” IPS LCD FHD 16:9
  • Qualcomm Snapdragon 820
  • 4 x Kryo 2.15 GHz, 2 x Kryo 1.6 GHz
  • 6GB RAM / 64GB + mikroSD
  • 16MP f/2.0 OIS / 8MP f/2.4
  • Bluetooth 4.1, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3000 mAh, USB-C, Quick Charge 3.0
  • Android 6.0 / nubia UI 4.0

Harga: RM999 (6GB RAM + 64GB)


04

Xiaomi Mi MIX 2

Menariknya mengenai peranti ini, ia dijana dengan cip Snapdragon 835, penggunaan memori 6GB RAM, dan menawarkan kapasiti bateri 3400 mAh. Ia juga hadir dengan binaan seramik, membuatkan peranti ini kelihatan begitu menarik melalui tampilan yang elegan.

Cuma kekurangannya, ia tidak menawarkan bicu audio, tidak didatangkan dengan slot kad mikroSD, selain menawarkan kedudukan kamera hadapan yang tidak dioptimasikan untuk kegunaan aplikasi pihak ketiga.

Spesifikasi:

  • 5.99” IPS LCD FHD+ 18:9
  • Qualcomm Snapdragon 835
  • 4 x Kryo 2.45 GHz, 4 x Kryo 1.9 GHz
  • 6GB RAM / 64GB
  • 12MP f/2.0 OIS / 5MP f/2.0
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3400 mAh, USB-C, Quick Charge 3.0
  • Android 8.0 / MIUI 10

Harga: RM1599 (6GB RAM + 64GB)


03

Honor 10

Peranti ini menawarkan rekaan yang sangat menarik, melalui binaan kaca dengan kemasan Aurora Glass. Ia didatangkan dengan skrin 5.84-inci, menawarkan cip Kirin 970 dengan sokongan GPU Turbo, dan mempunyai kapasiti bateri 3400 mAh.

Cuma kekurangannya, skrinnya tidak begitu baik untuk kegunaaan di bawah matahari, disamping pengimbas cap jarinya tidak begitu konsisten berbanding peranti sekelasnya yang lain.

Spesifikasi:

  • 5.84” IPS LCD FHD+ 19:9
  • HiSilicon Kirin 970
  • 4 x Cortex-A73 2.4 GHz, 4 x Cortex-A53 1.8 GHz
  • 4GB RAM / 128GB
  • 16MP f/1.8 + 24MP f/1.8 / 24MP f/2.0
  • Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3400 mAh, USB-C, Honor SuperCharge
  • Android 8.1 / EMUI 8.1

Harga: RM1599 (4GB RAM + 128GB)


02

Honor Play

Apa yang menarik mengenai peranti ini, ia mempunyai skrin 6.3-inci, cip Kirin 970 dengan GPU Turbo, dan menawarkan kapasiti bateri 3750 mAh. Walaupun murah, ia masih menawarkan binaan logam, hadir dengan sokongan NFC, dan mempunyai pengesahan Widevine L1 untuk tontonan HD pada Netflix.

Cuma kekurangannya, ia tewas dari segi penawaran RAM, selain dijana dengan cip keluaran tahun lepas berbanding pencabar terdekatnya yang menggunakan cip terkini.

Spesifikasi:

  • 6.3” IPS LCD FHD+ 19.5:9
  • HiSilicon Kirin 970
  • 4 x Cortex-A73 2.4 GHz, 4 x Cortex-A53 1.8 GHz
  • 4GB RAM / 64GB + mikroSD
  • 16MP f/2.2 + 2MP f/2.4 / 16MP f/2.0
  • Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3750 mAh, USB-C, Huawei QuickCharge
  • Android 8.1 / EMUI 8.2

Harga: RM1249 (4GB RAM + 64GB)


01

Xiaomi Mi 8

Apa yang menarik mengenai peranti ini, ia dijana dengan cip Snapdragon 845 iaitu cip lebih pantas dan terkini berbanding Kirin 970, menawarkan memori 6GB RAM, sokongan imbasan wajah inframerah, dan hadir dengan kapasiti bateri 3400 mAh. Bukan itu sahaja, ia satu-satunya peranti dalam senarai ini yang mempunyai skrin Super AMOLED, kamera telefoto, dan dual-frequency GPS untuk sistem penjejakan yang lebih tepat.

Cuma kekurangannya, ia tidak didatangkan dengan bicu audio selain tidak menawarkan slot kad mikroSD untuk penambahan storan peranti.

Spesifikasi:

  • 6.21” Super AMOLED FHD+ 18.7:9
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 4 x Kryo 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.8 GHz
  • 6GB RAM / 64GB
  • 12MP f/1.8 OIS + 12MP f/2.4 / 20MP f/2.0
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3400 mAh, USB-C, Quick Charge 4.0
  • Android 8.1 / MIUI 10

Harga: RM1679 (6GB RAM + 64GB)


Jadi itulah peranti dengan kebolehan memainkan Fornite di bawah RM1700. Kesemua peranti yang disenaraikan di atas boleh didapati melalui kedai fizikal rasmi atau menerusi laman-laman jualan utama Malaysia seperti Lelong, Lazada, Shopee, 11street.

Komen