Minggu lalu imej acah dikongsi oleh Honor Malaysia memberikan petanda Honor 8X akan dilancarkan dalam masa terdekat. Hari ini jemputan untuk majlis pelancaran peranti pada 9 Oktober mula diterima pihak kami. Slogan yang sama “Xtraordinary Is Coming” digunakan dengan profil hadapan menyamai Honor 8X sekaligus menguatkan kebarangkalian pelancaran peranti ini pada tarikh tersebut.
Honor 8X menggunakan skrin 6.5-inci bertakuk, dijana Kirin 710, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan dwi-kamera 20MP + 2 Megapixel di belakang, dan kamera swafoto pula sebesar 16-Megapixel. Melengkapi spesifikasi ialah adalah bateri berkapasiti 3750mAh.