Carian
Chrome Sync Tidak Selari Secara Automatik Apabila Log Masuk Akaun Google Pada Pelayar Chrome
September 25, 2018 Fahim Zahar

Pada kemaskini Chrome 69, selain membawakan rekaan ‘Material Design’ baharu – profil akaun pengguna turut ‘diselarikan‘ bersama-sama selepas log masuk akaun Google. Tetapi, jangan khuatir – Google tidak selarikan akaun anda kepada ‘Chrome Sync‘ dan lain-lain maklumat atau data yang ada dalam akaun Google anda.

https://twitter.com/apf/status/1044109217903198210

Apabila anda log masuk akaun Google anda ke pelayar web Chrome, lebih-lebih lagi apabila anda log masuk kepada GMail, GDrive atau lain-lain perkhidmatan web Google – data anda tidak diselarikan, tetapi hanya maklumat asas seperti alamat emel dan gambar profil sahaja. Untuk, menyelarikan Chrome Sync – satu tetapan lain perlu dibuat terlebih dahulu.

https://twitter.com/apf/status/1044109898013765632

Segelintir pengguna yang paranoid akan sekuriti dan skeptikal berasa sedikit risau. Jadi, Google telah mengambil langkah yang baik. Ini bermakna data dan maklumat pengguna selamat jika log masuk ke mana-mana Chrome 69cuma perlu ingat, lepas guna log keluar semula.

Komen