Pengguna Mac? Sistem Operasi macOS Mojave Kini Boleh Dimuat-Turun

Pengguna Mac? Sistem Operasi macOS Mojave Kini Boleh Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Sep 25, 2018 oleh .

Apple hari ini telah pun melancarkan sistem operasi perkomputeran terbaru mereka untuk pengguna Mac, iaitu macOS Mojave. Bersama-sama dengannya, ia turut menyertakan sejumlah ciri-ciri baru.

Mojave

Salah satu ciri baru yang menjadi fokus pada kemaskini sistem operasi ini adalah sokongan tema gelap secara keseluruhan untuk komputer, sekaligus memudahkan dan menjadikan paparan lebih selesa pada mata. Bersama-sama dengannya, Apple turut menyertakan kemudahan pengurusan desktop, selain bentuk paparan fail yang baru.

Mac App Store turut diberikan nafas baru pada Mojave, selain turut menyertakan aplikasi Voice Memos, serta penambah-baikkan pada Safari.

Bagi anda yang menggunakan Mac, anda boleh memuat-turun kemaskini macOS Mojave ini hari ini, dan menikmati pelbagai ciri-ciri baru yang hadir bersama dengannya.

Muat-Turun macOS Mojave


TIPS & ULASAN