Microsoft Melancarkan Office 2019 Untuk Windows Dan Mac

Microsoft Melancarkan Office 2019 Untuk Windows Dan Mac

Diterbitkan pada Sep 25, 2018 oleh .

Microsoft Office merupakan salah satu perisian yang popular digunakan di pejabat, terutamanya untuk penawaran perisian untuk membuat dokumen, pengiraan dan pembentangan. Hari ini, Microsoft telah pun melancarkan secara rasminya versi terbaru perisian pejabat mereka, iaitu Office 2019.

Office 2019 ini hadir untuk Mac dan Windows, dimana melaluinya ia menyertakan aplikasi generasi baru untuk Word, Excel, PowerPoint, Outlook, Visio, Access dan juga Publisher.

Office 2019 PowerPoint

Office 2019 menyertakan sejumlah ciri baru yang telah ditambah pada Office 365 ProPlus untuk tempoh tiga tahun yang lepas, termasuk memudahkan lagi pengguna menghasilkan kandungan yang menarik dengan mudah. Sebagai contoh, Word 2019 kini menyertakan mod fokus baru untuk mengelak sebarang gangguan lain ketika membangunkan sesuatu dokumen.

PowerPoint 2019 juga ditambah baik, dan kini membolehkan anda menghasilkan fail pembentangan dengan animasi sinematik menarik. Tidak ketinggalan adalah Excel 2019 yang menyertakan sokongan penganalisaan yang lebih berkuasa melaluinya.

Office 2019 ini akan ditawarkan kepada pengguna komersil bermula hari ini, sementara pengguna umum akan menerimanya dalam masa beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN