Cari @ Amanz

Microsoft Kini Membolehkan Anda Mengaburkan Latar Belakang Ketika Membuat Panggilan Video

Oleh Aman

Link Copied!

Microsoft hari ini melalui Microsoft Teams menyertkaan sebuah kemaskini kecil yang sangat berguna, iaitu kebolehan mengaburkan bahagian latar belakang ketika anda sedang membuat panggilan video.

Microsoft Blur Background

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini ramai bekerja dari pelbagai lokasi, dan semestinya ketika sedang membuat panggilan video, anda tidak inginkan bahagian latar mengganggu konsentrasi pemanggil anda.

Melalui ciri baru ini pada Microsoft Teams, ketika membuat panggilan video, anda boleh memilih untuk kaburkan latar belakang, dan hanya memfokuskan kepada anda sahaja.

Kemaskini baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Microsoft Teams bermula hari ini.


Komen ()