Carian
Gambar Huawei Mate 20 Pro Tertiris – Bakal Dilancarkan 16 Oktober
September 25, 2018 Aman

Huawei sedia menjadualkan acara pengenalan Huawei Mate 20 secara rasminya pada pertengahan Oktober kelak, dan kini seperti biasa, beberapa gambar peranti berkenaan telah hadir memperlihatkan apakah yang bakal diperkenalkan oleh Huawei.

Daripada gambar yang tertiris melalui WinFuture, ia memperlihatkan rekaan bertakuk dihadapan, selain menyertakan penggunaan tri-kamera pada bahagian belakang yang direkabentuk dalam kedudukan segi empat sama. Tiada penyertaan pengimbas cap jari dibelakang menandakan Huawei mungkin menyertakan secara terbina pada skrin peranti berkenaan.

Huawei Mate 20 Pro

Huawei Mate 20 Pro akan hadir menggunakan cip Kirin 980, sekaligus menjadikannya sebagai antara peranti Android terawal dengan cip rekaan 7nm.

Huawei masih mengekalkan penggunaan kamera berteknologi Leica – dan pada masa yang sama, dilihat akan menyertakan sokongan pengecasan tanpa-wayar bersama telefon pintar ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 16 Oktober ini untuk melihat lanjut mengenai apakah yang bakal ditawarkan oleh Huawei melalui Huawei Mate 20 Pro ini.

Komen