Carian
Pengguna iPhone XS Max Dan XS Melaporkan Masalah Kelajuan LTE Serta WiFi Perlahan
September 25, 2018 Effi Saharudin

Empat hari yang lalu iPhone XS dan XS Max mula dijual di beberapa pasaran utama dunia. Sambutan amat menggalakkan dengan ribuan peminat beratur di hadapan Apple Store untuk menjadi yang terawal memiliki telefon pintar paling berkuasa di pasaran sekarang. Euphoria menjadi pemilik awal sedikit terbantut selepas sebilang pengguna melaporkan masalah LTE serta WiFi.

Di forum rasmi Apple dan Reddit, pengguna mengalami masalah kelajuan LTE dan WiFi yang lebih rendah berbanding iPhone model terdahulu. Masalah LTE berlaku di kawasan dengan isyarat yang lemah yang sebelum ini masih memberikan kelajuan internet yang memuaskan. Peranti hanya boleh bersambung kepada rangkaian 3G yang lebih perlahan.

Pepijat pada perisian dipercayai adalah penyebab masalah ini. iPhone XS dan XS Max memilih untuk bersambung dengan WiFi yang menggunakan frekuensi 2.4 GHZ berbanding 5 GHz yang lebih pantas. Apple masih belum memberikan maklum balas mengenai masalah ini.

Komen