Carian
iPhone Dan iPad Tanpa 3D Touch Kini Boleh Menggunakan Mod Trackpad Pada Papan Kekunci
September 25, 2018 Effi Saharudin

Kemaskini iOS 12 yang diberikan pada 18 September lalu membawakan beberapa fungsi baharu yang mungkin tidak disedari oleh pengguna. Salah satu fungsi yang paling menarik ialah fungsi mod trackpad pada papan kekunci yang sebelum ini hanya disokong pada iPad dan iPhone dengan 3D Touch.

Dengan mod trackpad, kursor yang terpapar pada skrin boleh dikawal dengan menggerakkan jari di atas papan kekunci maya. Pengguna hanya perlu menekan space bar selama sesaat dan kemudian kesemua huruf pada papan kekunci akan hilang. Kesemua permukaan papan kekunci kini menjadi sebuah trackpad dan kursor boleh dikawal seperti anak panah tetikus. Dengan ini menambah perkataan atau membaiki typo ejaan akan menjadi lebih mudah.

Bagi pengguna peranti dengan 3D Touch pula, mod yang sama boleh diaktifkan dengan menekan mana-mana bahagian papan kekunci. Tekanan perlu dikekalkan pada skrin sepanjang masa untuk menggunakan mod trackpad ini. Menarik sekali mod ini turut disokong pada papan kekunci pihak ketiga seperti Gboard.

Komen