Samsung Galaxy J4+Dan J6+ Kini Rasmi Dijana Cip Snapdragon 425
Artikel Berkaitan

Samsung Galaxy J4+Dan J6+ Kini Rasmi Dijana Cip Snapdragon 425

Diterbitkan pada Sep 25, 2018 oleh .

Samsung Galaxy J6+ dan J4+ kini rasmi selepas dilancarkan di India semalam. Kedua-dua peranti kelas permulaan ini dilengkapi skrin memanjang dengan resolusi HD+ Infinity Display dan tubuh dengan panel kaca pada bahagian belakang.

Dari segi spesifikasi Samsung Galaxy J6+ dilengkapi skrin 6-inci HD+, memori sebesar 3/4 GB, storan sebesar 32/64 GB dan bateri 3300 mAh. Kamera utama adalah sebesar 13+5 Megapixel f/1,9+f/2.2 dan kamera swafoto 8-Megapixel f/1.9. Pada sisi kanan peranti terdapat sebuah pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa. Ini menjadikan J6+ peranti kedua Samsung menggunakan sistem ini.

Samsung Galaxy J4+ pula dilengkapi skrin 6-inci HD+, memori sebesar 2/3 GB, storan sebesar 16/32 GB dan bateri 3300 mAh. Kamera utama adalah sebesar 13 Megapixel f/1.9 dan kamera swafoto 8-megapixel f/2.2. Tiada pengimbas cap jari pada bahagian sisi disertakan pada peranti ini.

Di India Galaxy J6+ dijual pada harga INR 15,990 (~RM 907) manakala Galaxy J4+ pada harga INR 10,990 (~RM 624). Peranti ini sudahpun melepasi senarai SIRIM menandakan pelancarannya di Malaysia juga semakin hampir.


TIPS & ULASAN