#GalaxyNote9 – Samsung DeX Kini Lebih Mudah Tanpa Keperluan Dermaga Tambahan

#GalaxyNote9 – Samsung DeX Kini Lebih Mudah Tanpa Keperluan Dermaga Tambahan

Diterbitkan pada Sep 25, 2018 oleh .

Samsung melalui Galaxy Note 9 memfokuskan kepada ciri produktiviti yang disertakan bersamanya. Dan menariknya, ia bukan sekadar untuk penggunaan pada telefon pintar semata-mata, sebaliknya boleh turut dihubungkan ke kaca monitor dan digunakan sebagai sebuah komputer.

Samsung DeX

Samsung menamakan mod ini sebagai Samsung DeX. Pengguna boleh menghubungkan telefon pintar mereka terus ke monitor melalui kabel USB-C, dan seterusnya menggunakan telefon pintar sebagai touchpad.

Bentuk paparan yang diperlihatkan juga adalah dioptimasikan untuk desktop – membolehkan anda membuat pelbagai tugasan pejabat dengan mudah.

Menariknya melalui Galaxy Note 9 adalah anda tidak perlu membeli sebarang dermaga tambahan seumpama yang diperlukan pada siri-siri sebelum ini, sekaligus menjadikan ia kini lebih mudah digunakan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Galaxy Note 9 daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara pada harga RM3699, dan mula menggunakan telefon pintar anda dalam meningkatkan produktiviti.

Layari : Samsung Galaxy Note 9

Ini adalah advertorial daripada Samsung.


TIPS & ULASAN