Cari @ Amanz

Xiaomi mempunyai beberapa syarikat ekosistem dibawah mereka, dan salah satunya adalah Black Shark. Pada awal tahun ini, telefon pintar pertama dibawah syarikat ekosistem berkenaan telah diperkenalkan, iaitu sebuah telefon pintar memfokuskan permua.

Kini, selang hampir enam bulan sejak pelancaran peranti generasi pertamanya, syarikat disebaliknya dilihat akan hadir dengan kemaskini untuk peranti berkenaan tidak lama lagi.

BlackShark 2

Melalui pengesahan TENAA di China, ia dilihat Black Shark 2 dilihat akan hadir dengan cip Snapdragon 845 dan juga memori sehingga 8GB RAM.

Peranti ini juga menyertakan sokongan dwi-kamera belakang yang disusun secara menegak berbanding Black Shark generasi pertama sebelum ini.

Peranti ini juga dijangka akan hadir dengan sokongan penyejukan berasaskan cecair, selain bateri berkapasiti mencapai 4000mAh.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Black Shark 2 ini akan dilancarkan secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd