Carian
Microsoft Excel Untuk Android Kelak Boleh Mengubah Gambar Kepada Helaian Rebak
September 25, 2018 Fahim Zahar

Microsoft Office adalah perisian yang cukup terkenal untuk kerja-kerja pejabat seperti menaip, memasukkan data dalam helaian rebak (spreadsheet) atau membuat pembentangan. Kelak, salah satu dari produk Microsoft untuk Android – Microsoft Excel, boleh mengubah gambar kepada helaian rebak.

Konsep yang lebih kurang menukar gambar ke teks. Cuma kini jika gambar tersebut mempunyai data-data dalam bentuk jadual, Microsoft Excel untuk Android boleh merakam dan mengubah terus dalam format helaian rebak. Fungsi ini dinamakan ‘Insert Data from Picture’ dan menurut Microsoft, kemaskini yang mengaktifkan fungsi ini akan hadir tidak lama lagi.

Selain itu, hari ini Microsoft turut melancarkan Microsoft Office 2019.

Komen