Cari @ Amanz

Vivo V11- Peranti Dengan Kamera Dilengkapi Kecerdasan Buatan (AI)

Oleh Lina Rosli

Link Copied!

Kini sudah menjadi satu trend bagi kebanyakkan jenama telefon pintar untuk mempunyai ciri pintar AI untuk peranti mereka. Tidak dinafikan ciri ini boleh dikatakan berguna bagi sesebuah telefon pintar itu untuk mendapatkan gambar-gambar yang memberikan impak imej yang lebih cantik dan sempurna.

Vivo V11 hadir dengan ciri AI sempurna yang mampu menyesuaikan diri mengikut senario persekitaran. Peranti ini dilengkapi dengan lensa dwi-kamera pada bahagian belakang yang menggunakan sensor 12+5 Megapixel, aperture f/1.8 dan 1.28μm pixels, manakala kamera hadapan pula 25-megapixel. Kamera hadapan didatangkan dengan sensor lensa dwi-pixel yang peka terhadap pencahayaan yang tinggi. Ia juga hanya memerlukan 0.03 saat untuk mengunci fokus dengan menggunakan teknologi DSLR-standard Dual-Pixel Autofocus.

Bagi mendapatkan spesifikasi kamera yang sempurna, Vivo V11 menyertakan ciri AI Backlight HDR dan AI Low Light Mode. Spesifikasi ini menggunakan algoritma AI yang mampu menghasilkan gambar yang lebih jelas dan stabil sekaligus memberikan hasil imej yang sempurna walaupun ketika berada dalam pencahayaan malap atau cahaya melampau. Ia juga turut dilengkapi dengan AI Scene Recognition yang mampu mengenal pasti objek yang berlainan di hadapan kamera. Hasilnya, Vivo V11 mampu menjadikan anda hampir seperti jurugambar professional.

Jadi, Vivo V11 merupakan telefon pintar yang sesuai bagi anda yang mementingkan spesifikasi sempurna untuk tangkapan gambar. Kehadiran ciri AI dalam peranti ini sudah tentu memberikan hasil imej yang memberikan impak sebenar dan konsisten dalam semua jenis pencahayaan.


Komen ()