Qualcomm Menuduh Apple Mencuri Rahsia Cip, Dan Berkongsi Kepada Intel

Qualcomm Menuduh Apple Mencuri Rahsia Cip, Dan Berkongsi Kepada Intel

Diterbitkan pada Sep 25, 2018 oleh .

Perbalahan antara Qualcomm dan Apple bukan sesuatu yang baru. Hari ini, Qualcomm membuat pertuduhan, mengatakan Apple telah mencuri rahsia dagangan dan berkongsi mengenainya bersama pesaing Qualcomm, iaitu Intel.

Ia dikatakan Apple telah berkongsi beberapa rahsia bersama Intel dalam usaha untuk menambah-baik penawaran cip mereka, sekaligus membolehkan Apple beralih daripada menggunakan Qualcomm.

Qualcomm sebelum ini sedia menawarkan cip modem yang digunakan pada iPhone. Walaubagaimanapun, sejak iPhone 7 sebelum ini, Apple turut telah mula menggunakan cip Intel pada telefon pintar mereka. Malah, pada iPhone terbaru yang dikeluarkan, ia dilihat Apple menggunakan cip Intel sepenuhnya pada telefon pintar mereka.

Qualcomm sebelum ini sedia memfailkan saman ke atas Apple berkaitan penyalah-gunaan rahsia dagangan, namun, melalui pertuduhan terbaru yang difailkan, Apple dikatakan telah mencuri dan menggunakan info berkenaan untuk membantu menambah-baik cip keluaran Intel.

Pertuduhan ini dijangka didengarkan di mahkamah menjelang bulan April 2019 kelak.


TIPS & ULASAN