Cari @ Amanz

Fujifilm Memperlihatkan Projektor Multi Arah Dengan Jarak Lontaran Pendek

Link Copied!

Masalah utama ketika menggunakan sebuah projektor ialah mencari ruang yang sesuai untuk memaparkan imej. Untuk mendapatkan lontaran imej yang sempurna, projektor perlu diletakkan betul-betul di hadapan permukaan yang ingin digunakan. Fujifilm hari ini telah memperlihatkan projektor multi arah yang menyelesaikan masalah ini.

Kepala lensa projektor ini boleh berputar pada dua paksi yang membolehkan imej dilontar dari pelbagai arah. Tiada masalah memaparkan imej pada dinding, siling atau lantai tanpa perlu mengubah kedudukan projektor. Ia turut menyokong sistem lontaran ultra pendek. Imej sebesar 100-inci boleh dihasilkan dari jarak 75 cm. Projektor ini masih belum dijual dan mensasarkan pelancaran pada tahun 2019.


Komen ()