Cari @ Amanz

Setiap hari kami melakukan ratusan carian imej  menggunakan enjin carian Google Images. Kerap kali juga imej produk yang menarik ditemui tetapi tanpa maklumat lengkap mengenainya. Apa yang kami lakukan seterusnya ialah menyimpan gambar produk ke dalam peranti dan kemudian melakukan carian Google Lens menerusi Google Photos. Dalam masa beberapa minggu lalu ini tidak lagi perlu dilakukan kerana integrasi Lens terus ke dalam Images.

Pengumuman sokongan Lens secara terbina pada Images ini diumumkan secara rasmi oleh Google semalam. Apabila carian imej dilakukan menggunakan Images, pengguna boleh tap gambar dan ikon Lens akan dipaparkan. Dengan menekan ikon ini, Lens dapat diaktifkan bagi mendapatkan maklumat seperti spesis haiwan, jenama produk dan juga dimanakah produk boleh dibeli. Sebagai pengguna tegar kedua-dua produk Google ini, fungsi ini amat kami perlukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd