Carian
Kafe Di Jepun Menggunakan Robot Yang Dikawal OKU Dari Rumah Akan Dibuka Di Jepun
September 26, 2018 Effi Saharudin

Golongan kelainan upaya mempunyai cabaran hidup yang membuatkan lebih sukar untuk melakukan perkara asas berbanding insan normal. Untuk berdikari mereka perlu mencari tempat kerja yang mesra OKU malang sekali ini masih lagi ditawarkan dalam jumlah yang terhad di negara kita. Di Jepun sudah wujud inisiatif untuk menggunakan robot bagi membolehkan insan OKU bekerja dari rumah.

Sebuah kafe akan dibuka di Tokyo dari 26 November hingga 7 Disember hadapan dengan robot OriHime-D sebagai pelayan. Robot setinggi 1.2 meters dan seberat 20 kilogram ini pula dikawal oleh pekerja OKU dari rumah. Penggunaan robot seperti OriHime-D diharap dapat membolehkan OKU yang selama ini duduk di rumah bekerja sekaligus menjana pendapatan peribadi.  Sebelum ini robot OriHime yang lebih kecil telah digunakan di beberapa sekolah untuk kegunaan murid yang tidak mampu datang ke sekolah.

Penggunaan robot sebagai ganti tubuh ini mengingatkan kami kepada filem Surrogates dan Avatar. Di dalam kedua-dua filem ini  robot digunakan di masa hadapan sebagai pengganti tubuh manusia sebenar. Siapa sangka fiksyen kini sudah menjadi realiti.

Komen