Carian
NVIDIA Mengumumkan Kad Grafik GeForce RTX 2070 Bakal Hadir Di Pasaran Pada 17 Oktober
September 26, 2018 Nazrin

Siri kad grafik terbaru NVIDIA, iaitu NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti dan RTX 2080 baru sahaja dilancarkan pada minggu ini di seluruh dunia. Ia merupakan kad grafik pertama yang mampu menggunakan teknologi pengolahan cahaya Ray Tracing dalam masa sebenar.

Hari ini, NVIDIA mengumumkan bahawa kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 bakal memasuki pasaran dunia pada 17 Oktober kelak. Kad grafik RTX 2070 ini juga sebuah lagi kad grafik yang hadir dengan kemampuan Ray Tracing, dan dikatakan bakal hadir dengan harga yang lebih mampu milik berbanding dengan RTX 2080 dan RTX 2080 Ti, pada harga $499 (~RM2000).

Kad grafik RTX 2070 ini hadir dengan cip pemprosesan TU106 yang mempunyai jumlah transistor yang lebih kecil daripada TU104 yang digunakan pada kad grafik RTX 2080 dan RTX 2080 Ti, disamping jumlah teras CUDA, RT dan Tensor yang lebih sedikit daripada kad-kad grafik RTX yang baru dilancarkan. Dari segi memori pula, kad grafik ini dilengkapi dengan memori GDDR6 sebanyak 8GB.

Pada pendapat kami, apabila kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 ini hadir di pasaran Malaysia, kami pasti ia akan dijual pada harga sekurang-kurangnya RM3500 keatas, melihat kepada tanda harga kad grafik RTX 2080 dan RTX 2080 Ti yang sudahpun hadir di pasaran tempatan yang mencecah RM600-RM7000, walaupun untuk model-model yang boleh dikatakan tidak begitu premium.

Apa-apa pun, kita tunggu kehadiran kad grafik Ray Tracing paling “mampu milik” NVIDIA yang akan tiba sebulan dari sekarang.

Komen