Cari @ Amanz

Kepopularan komputer digital menyebabkan kamera analog semakin lenyak di pasaran. Canon yang merupakan nama besar dunia fotografi sendiri telah menghentikan pengeluaran kamera analog. Tetapi masih terdapat peminat kamera analog dan oleh sebab itu Kodak bertindak menghasilkan semula filem Ektachrome mereka.

Filem 35mm Ektachrome telah dijual semula bermula hari ini dengan filem Super 8 pula pada 1 Oktober dan 16mm pada penghujung tahun. Penghasilan semula filem Ektachrome ini amat dialu-alukan peminat fotografi kerana ia sebenarnya dihentikan pada tahun 2012.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd