Cari @ Amanz

Lanjutan daripada desas-desus sebelum ini, hari ini akhirnya ia diumumkan secara rasminya yang mana Al-Ishsal Ishak akan dilantik sebagai pengerusi baharu untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, berkuatkuasa 1 Oktober 2018 ini.

Al-Ishsal Ishak buat masa ini adalah CEO Kumpulan Pos Malaysia Berhad. Selain daripada itu, beliau juga turut mempunyai pengalaman luas dalam arena digital dan telekomunikasi. Al-Ishsal akan menerajui SKMM untuk tempoh 2 tahun akan datang.

Sebelum ini, Al-Ishsal turut pernah bertugas di MDEC, Baraca Telekom, selain turut menjadi konsultan untuk Airbus Group.

Dengan pengalaman yang dibawakan beliau, semestinya ramai yang ingin melihat pelbagai pembaharuan dan pemacuan dibawakan beliau di SKMM – apatah lagi dengan perkembangan era jalur-lebar yang lebih pantas, selain persediaan Malaysia ke arah rangkaian 5G.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd