Video Acah Huawei Mate 20 Terbaru Memperlihatkan Sejumlah Ciri Yang Bakal Dibawakan

Video Acah Huawei Mate 20 Terbaru Memperlihatkan Sejumlah Ciri Yang Bakal Dibawakan

Diterbitkan pada Sep 26, 2018 oleh .

Huawei kini telah hadir dengan sebuah video acah baru untuk telefon pintar Huawei Mate 20, sekaligus memperlihatkan sejumlah ciri-ciri dan fungsi baru yang akan disertaka pada telefon pintar berkenaan.

Pada permulaan video berkenaan sendiri, Huawei memperlihatkan keupayaan pengecasan nirwayar yang disertakan bersama-sama dengan Mate 20. Ia turut menunjukkan keupayaan pengecasan nirwayar pantas, selain seperti menunjukkan ikon pengecasan nirwayar berbalik bersama-sama dengannya.

Huawei Mate 20 Wireless Charging

Video acah berkenaan diteruskan memperlihatkan ia digunakan dalam bilik mesyuarat – yang mungkin memberikan petanda kebolehan terjemahan masa-nyata yang disertakan.

Huawei Mate 20 Meeting

Bahagian kamera juga dilihat diberikan perhatian melalui video acah kasar. Antara yang diperlihatkan adalah keupayaan untuk menggunakan kamera dalam mengira kalori makanan, sokongan AR, selain pada masa yang sama seperti memberikan petanda pengguna boleh merakamkan video dengan menjadikan latar berwarna monokrom, sementara memfokuskan objek menjadi berwarna.

Huawei Mate 20 AR

Dan pada bahagian penutup video acah ini, Huawei memperlihatkan keupayaan untuk permua yang disertakan pada telefon pintar ini.

Huawei Mate 20 disahkan bakal hadir dengan cip Kirin 980, yang mana menyertakan sokongan dwi-NPU, sekaligus menawarkan kuasa pemprosesan dan pembelajaran mesin yang lebih pantas berbanding yang lain.

Dengan video acah baru ini, kita mungkin melihat lebih banyak info baru dikongsikan Huawei dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN