Carian
LG
LG V40 ThinQ Tertiris Lagi – Memperlihatkan Rekaan Bertakuk, Tri-Kamera Belakang
September 26, 2018 Aman

LG dijangka memperkenalkan LG V40 ThinQ secara rasminya pada bulan Oktober ini. Seperti kebiasaan yang terjadi pada pelbagai peranti lain, kini @evleaks turut berkongsi gambar awal peranti berkenaan, dan memperlihatkan rekaan akhir telefon pintar terbaru LG tersebut.

LG V40 ThinQ dilihat hadir dengan rekaan skrin bertakuk dihadapan, menyertakan dua lensa kamera untuk swafoto, dan menariknya dilihat menyertakan sehingga tiga kamera pada bahagian belakang.

Pada bahagian belakang juga, LG menyertakan pengimbas cap jari.

Spesifikasi penuh peranti ini masih tidak diketahui buat masa ini. LG menjadualkan pengenalan LG V40 ThinQ pada 4 Oktober ini, dimana kita mungkin mendengar lanjut mengenainya pada tarikh berkenaan.

Komen