Cari @ Amanz

Honor Menjadualkan Pengenalan Honor 8C Di China Pada 11 Oktober

Oleh Aman

Link Copied!

Honor sebelum ini telah memperkenalkan Honor 8X, dan ia bakal memasuki pasaran tempatan pada bulan Oktober ini. Kini, selain daripadanya, pengeluar telefon pintar berkenaan turut sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan peranti mampu milik mereka, iaitu Honor 8C.

Honor 8C

Buat masa ini, Honor menjadualkan pelancaran telefon pintar berkenaan di China pada 11 Oktober kelak. Melalui gambar acah yang dikongsikan, ia memperlihatkan sokongan pengecasan – sekaligus memberikan gambaran seumpama ia mungkin menyertakan kebolehan pengecasan pantas.

Spesifikasi penuh dan sebagainya masih tidak diketahui lagi. Gambar acah memperlihatkan penggunaan skrin bertakuk, dan tidak mustahil kita melihat ia turut hadir dengan sokongan dwi-kamera belakang bersama-sama dengannya.


Komen ()