Facebook sebelum ini telah hadir dengan sokongan perkongsian baru dinamakan Stories – dimana ia telah diintegrasikan pada Instagram, WhatsApp, dan tidak ketinggalan adalah Facebook sendiri. Hari ini, gergasi laman sosial berkenaan mengumumkan yang mana kini Facebook Stories mempunyai lebih 300 juta pengguna aktif setiap hari melalui Facebook dan juga Messenger.
Laman sosial berkenaan sebelum ini telah sedia menyasarkan yang mana bentuk perkongsian Stories bakal melangkaui perkongsian di News Feed tidak lama lagi.
Selari dengan populariti bentuk perkongsian ini, kini Facebook turut mengumumkan yang mana pelbagai syarikat dan jenama boleh beriklan pada Facebook Stories bermula hari ini. Ia akan dimulakan melalui Facebook hari ini, sebelum diperluaskan ke Messenger tidak lama lagi.