Cari @ Amanz

Dengan perkembangan arena web, salah satu perkara yang sangat menakutkan ramai pengguna adalah berkaitan apabila profil atau maklumat peribadi digodam dan tertiris ke arena web. Ini sekaligus membuatkan anda terdedah kepada pelbagai ancaman dari segi sekuriti dan digital dengan mudah.

Kini, untuk mengatasinya, pihak Mozilla menyediakan sebuah perkhidmatan baru dinamakan Firefox Monitor.

Firefox Monitor

Melalui Firefox Monitor, anda boleh menyemak sama ada akaun perkhidmatan internet yang menggunakan emel anda terdedah dengan sebarang ketirisan atau godaman sebelum ini. Anda turut boleh melihat apakah bentuk data yang tertiris, melalui perkhidmatan apa, dan membuat perubahan yang sepatutnya.

Selain daripada itu, anda turut boleh mendaftar untuk mendapatkan sebarang notifikasi apabila akaun yang menggunakan sesuatu alamat emel berkenaan mempunyai data yang digodam di arena web. Untuk makluman, Mozilla bekerjasama dengan perkhidmatan Have I Been Pwned untuk menawarkan data mengenai ketirisan sekuriti ini.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak sama ada data peribadi anda selamat atau sebaliknya di laman Firefox Monitor hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd