Huawei Tidak Akan Menjual Cip Kirin Kepada Pengeluar Lain

Diterbitkan pada Sep 27, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menghasilkan cip sendiri dapat mengurangkan kos peranti dan membolehkan pengeluar mempunyai kawalan fungsi yang akan disertakan pada peranti. Apple, Samsung, Xiaomi dan Huwei ialah antara pengeluar peranti pinar yang mempunyai cip rekaan sendiri. Huawei misalnya mengeluarkan cip HiSilicon Kirin.

Huawei Kirin 980

Di dalam sebuah acara di India,  Brody Ji yang merupakan pengarah produk kanan di Huawei mengesahkan cip ini tidak akan dijual kepada pengeluar lain. Ini adalah kerana di Huawei, Kirin ialah harta intelek mereka dan teknologinya tidak akan dikongsi dengan pesaing.

Langkah Huawei ini berbeza dengan Samsung yang menjual Exynos kepada pengeluar lain yang berminat. Dalam hal ini Huawei dan Apple berkongsi pendapat bahawa pemproses buatan sendiri harus eksklusif kepada produk keluaran syarikat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami