Carian
Google Sedang Menguji ‘Portals’ – Mungkin Adalah Pengganti Kepada AMP
September 27, 2018 Fahim Zahar

Pada tahun 2015, Google memperkenalkan AMP untuk menjadikan pelayaran web lebih pantas pada peranti mudah alih. Hari demi hari, AMP semakin baik sehingga turut terdapat dalam bentuk ‘Stories. Kini, Google dilihat sedang menguji ‘Portals‘ bagi mengubah pengalaman melayarai web pada peranti mudah alih.

Secara asasnya, ‘Portals‘ akan menjadikan navigasi dalam web seperti menatal, menukar laman, animasi web dan banyak lagi menjadi lebih lancar dan pantas. Idea asal ‘Portals’ adalah untuk memudahkan navigasi antara pelbagai laman web dan juga memberi kemampuan tambahan yang tiada pada AMP.

Apa-apa pun, projek ini masih berada di peringkat awal dan ia mungkin tidak akan menjadi realiti. Pendapat saya AMP sudah cukup baik dan masih awal untuk hasilkan format baru.

Komen