Lagi Imej Paparan Pintar Google Home Hub Tertiris – Kali Ini Warna Charcoal

Lagi Imej Paparan Pintar Google Home Hub Tertiris – Kali Ini Warna Charcoal

Diterbitkan pada Sep 27, 2018 oleh .

Baru sahaja tadi kami tulis mengenai pengecas nirwayar menegak Google – Pixel Stand. Imej pengolokannya tertiris. Kini, sekali lagi tertiris adalah paparan pintar Google Home Hub.

 

Google Home Hub ini secara asasnya adalah Google Home – cuma ia hadir dengan skrin. Ia adalah pesaing kepada Lenovo Smart Display atau juga Amazon Echo Show. Sebelum ini sudah pun tertiris versi warna putih. Artikel ini memperlihatkan bagaimana rupa Google Home Hub berwarna Charcoal.

Tiada maklumat lengkap mengenai Google Home Hub, tetapi ia akan dilancarkan pada acara Made By Google 9 Oktober ini bersama dengan dua peranti Pixel 3.


TIPS & ULASAN