Sejak kebelakangan ini, banyak perkara yang Google ubah pada Android Message. Antaranya adalah, Android Message Web, sokongan tema gelap, sokongan RCS antara Samsung Message, dan banyak lagi. Kini, Android Message 3.6 hadir dengan pelbagai ciri menarik.
Android Message 3.6 menggunakan ikon baharu dan kelihatan lebih kemas. Kemudian, sistem carian di dalam Android Message ini telah dikemaskini dengan lebih efisyen. Pengguna boleh membuat carian dengan memilih kategori.
Di dalam mesej itu pula, paparan automatik lokasi atau web kini boleh dipaparkan secara automatik. Pengguna turut boleh memilih jika ingin paparkan berdasarkan hanya WiFi, data atau kedua-duanya sekali.
Kesemua fungsi/ciri ini turut berfungsi dalam kedua-dua tema. Baik gelap atau biasa. Bagi pengguna yang ingin mencuba awal, boleh muat turun fail .APK sekarang atau tunggu sahaja kemaskini melalui Play Store.
- Muat Turun: Android Message 3.6 Di Google Play Store
- Muat Turun: .APK Android Message 3.6 Di Sini