Xiaomi di China kerap mengadakan pertandingan buat peminat. Terikini, Xiaomi disaman oleh peminat kerana gagal mengadakan makan malam bersama Lei Jun.
Lei Jun adalah salah seorang daripada pengasas Xiaomi. Pada tahun lepas, Xiaomi mengadakan pertandingan untuk para peniaga – di mana jika mereka berjaya menjual 300 unit Mi 5X atau 300 unit Redmi Note 5A atau gabungan 400 unit jualan Mi 5X dan Redmi Note 5A, pihak Xiaomi akan mengadakan majlis makan malam bersama-sama dengan Lei Jun.
En. Yang, iaitu yang menyaman Xiaomi – berjaya menjual 523 unit Redmi Note 5A tetapi Xiaomi gagal menunaikan janji dan juga enggan melayan En. Yang yang sudah berkali-kali menghubungi dan membuat rundingan. En. Yang turut memohon untuk diberi pampasan sebanyak RMB24,000 (~RM144,444) atas kos peguam dan lain-lain.
Buat masa ini, kes ini masih lagi dibicara di mahkamah di Haidan, Beijing.