Nokia menjamin kesemua peranti mereka yang berada di pasaran akan menerima kemaskini Android Pie. Sebagai peranti kelas pertengahan premium, Nokia 7 Plus adalah yang terlebih dahulu dijanjikan akan menerimanya. Tetapi menurut Juho Sarvikas, pengarah produk HMD Global kemaskini Pie untuk peranti akan mengalami kelewatan dari tarikh asal bulan ini.
#Android Pie ?for #Nokia 7 plus met with a couple of tricky platform specific certification bugs. We've got them now and are running final round of tests for quality assurance. Apologies for the delay. Like you know from Beta Labs, stability is there #nokiamobile
— Juho Sarvikas (@sarvikas) September 26, 2018
Sebab yang diberikan ialah penemuan beberapa pepijat pada peranti pasca kemaskini. Ini telah berjaya diselesaikan tetapi ujian kali kedua bagi memastikan tiada pepijat baharu berlaku perlu dilakukan menyebabkan kemaskini Pie akan mengalami kelewatan. Nokia ialah antara sebilangan kecil pengeluar yang telah memulakan proses kemaskini Android Pie pada peranti mereka. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Ada yang telah menggunakan Android Pie?