Semalam, telah tertiris kad jemputan OnePlus 6T. Ia dikatakan akan dilancarkan pada 17 Oktober. Kali ini tertiris lebih jelas adalah imej pengolokan penuh OnePlus 6T.
Seperti yang dijangkakan, OnePlus 6T adalah mirip kepada Oppo R17. Nampaknya OnePlus tidak bergurau dan memang benar bicu audio 3.5mm sudah tiada pada OnePlus 6T. Video ini menunjukkan hanya ada dwi-kamera di belakang di mana tidak sama dengan maklumat tertiris sebelum ini yang mengatakan OnePlus 6T mungkin menggunakan tri-kamera.
Untuk maklumat lanjut sama-sama kita nantikan kelak.