Cari @ Amanz

iPhone XS Dan XS Max Kini Boleh Menstrim Kandungan HDR YouTube

Link Copied!

YouTube mula menyokong penstriman kandungan video HDR sejak 2016. Sebelum ini ia hanya disokong pada peranti Android dan komputer. Ia kemudian akhirnya disokong pada iPhone 8, 8 Plus dan X tahun lalu. Bagi pengguna iPhone XS dan XS Plus, peranti baru sahaja boleh menstrim kandungan HDR selepas aplikasi YouTube iOS dikemaskini semalam.

Dengan YouTube versi 13.37, kedua-dua peranti boleh menstrim video HDR pada resolusi maksimum 1080P. Masih tiada sokongan resolusi lebih tinggi pada peranti iOS diberikan walaupun skrin XS Max, XS dan iPad Pro kesemuanya mempunyai resolusi lebih tinggi dari 1080P. Masalah ini turut dialami pengguna AppleTV 4K yang masih belum boleh menstrim kandungan yang sama pada resolusi 4K.


Komen ()