Merancang Makan Di Mana Bersama Rakan Di Dalam Google Maps

Merancang Makan Di Mana Bersama Rakan Di Dalam Google Maps

Diterbitkan pada Sep 27, 2018 oleh .

Soalan ‘Makan kat mana?‘ kerap ditanya antara rakan atau kekasih. Kerap ada yang bergurau, ‘Makan kat mulut, la…‘. Ada juga yang sering bergaduh kerana keliru dan tidak bersetuju untuk lokasi untuk menjamu selera. Google kini boleh menyelesaikan isu ini dengan Google Maps.

Google Maps terbaru hadir dengan poll yang membenarkan anda dan rakan mengundi di mana lokasi untuk menjamu selera yang menarik. Cara menggunakan yang sangat mudah, hanya tekan ikon ‘Restaurants’ dan tekan beberapa saat pada restoran pilihan – akan terdapat satu bubble terapung menjadikan kumpulan restoran. Kumpulan tersebut kemudian boleh dikongsi bersama rakan dan boleh membuat undian di mana lokasi makan terbaik.

Rakan yang dijemput atau yang menyertai kumpulan ini juga boleh menambah lagi cadangan lokasi makan. Notifikasi turut akan terpapar jika salah seorang telah membuat undian. Menarik sekali, lokasi dengan undian terbanyak akan memaparkan label ‘Top Rated’.

Pendapat saya, ini adalah satu fungsi yang menarik dan memudahkan. Dengan adanya fungsi ini, tiada lagi keliru, membuat lawak klise atau bergaduh untuk memilih lokasi menjamu selera.


TIPS & ULASAN