Cari @ Amanz

Galaxy Watch diperlihatkan di acara Samsung Unpacked New York pada awal Ogos lalu. Ia telahpun di jual di beberapa pasaran dunia tetapi masih belum di Malaysia. Bagi mereka yang menantikan kemunculannya. Samsung Malaysia telah mengesahkan jam tangan pintar ini memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat menerusi video yang dikongsi di media sosial.

Galaxy Watch hadir dalam dua versi iaitu skrin 1.3″ dan 1.2″. Dari segi rekaan ia lebih menyerupai Galaxy Gear S3 yang dilancarkan dua tahun lalu dengan rekaan yang ranggi. Ia mengekalkan skrin bulat dengan sistem kawalan bezel berputar. Masih tidak diketahui sama ada kedua-dua model Galaxy Watch akan ditawarkan di negara kita. Besar kemungkinan jam tangan pintar ini dilancarkan ketika acara Samsung Unpacked pada 9 Oktober ini di Kuala Lumpur.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd