Carian
Aplikasi YouTube VR Bakal Dibina Untuk Peranti Realiti Maya Oculus Go
September 27, 2018 Nazrin

Pada pertengahan tahun ini, Oculus melancarkan sebuah peranti realiti maya semua-dalam-satu Oculus Go yang lebih mudah digunakan berbanding dengan peranti-peranti lain.

Terkini, pihak Oculus mengumumkan bahawa YouTube akan membina sebuah aplikasi untuk peranti Oculus Go yang dinamakan YouTube VR yang membolehkan para pengguna untuk menonton video YouTube terus daripada peranti tersebut.

Bukan itu sahaja, Oculus turut menunjukkan bahawa dengan aplikasi ini, pengguna turut boleh memancarkan video yang sedang ditonton kepada pengguna lain, melalui aplikasi YouTube ataupun televisyen pintar.

Buat masa ini, Oculus, mahupun YouTube masih belum mengesahkan bilakah aplikasi YouTube VR ini akan dilancarkan, tetapi berkata bahawa ia akan hadir dalam masa yang terdekat ini.

Komen