Selamat hari jadi diucapkan kepada Google yang menyambut ulang tahunnya yang kedua puluh hari ini. Algoritma Google yang memaparkan carian berdasarkan kepopularan sesebuah laman menjadikannya unik berbanding enjin carian yang hadir sebelum itu. Bermula dari enjin carian, Google kini adalah kuasa besar di dalam dunia teknologi.
Bagi menyambut kewujudannya selama dua dekad, Google Doodle khusus boleh dilihat apabila melayari laman mereka hari ini. Apabila Doodle ditekan, video pendek yang menunjukkan pelbagai carian popular sejak tahun 2000 boleh ditonton. Ia hadir dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu. Apakah benda pertama yang anda cari dengan menggunakan Google? Kami secara peribadi melakukan carian MP3 kerana pada waktu tersebut masih belum mengenali halal haram memuat turun lagu dari internet.