Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah pun secara rasminya mengumumkan sebuah variasi baru telefon pintar Pocophone untuk pasaran Malaysia, iaitu Pocophone F1 Kevlar Edition.

Pocophone F1 Kevlar Edition menawarkan spesifikasi yang sama seperti versi biasa, tetapi membawakan perbezaan pada rekaan kerangka belakang. Peranti ini turut dikenali dengan nama Pocophone F1 Armoured Edition untuk pasaran di India.

Pocophone F1 Kevlar Edition

Pocophone F1 Kevlar Edition hadir dengan skrin 6.18-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM, ruangan storan 128GB, dwi-kamera belakang 12MP + 5MP, dan kamera hadapan 20-megapixel. Ia turut hadir dengan bateri 4000mAh dan menyertakan sokongan penyejukan berasaskan cecair.

Di Malaysia, Pocophone F1 Kevlar Edition ditawarkan dalam kuantiti terhad, dan boleh didapati pada harga RM1599.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd