Carian
Aplikasi Leica FOTOS Dilancarkan Untuk Mengawal Kamera Menggunakan Peranti Pintar
September 27, 2018 Effi Saharudin

Pembentukan gabungan L-Mount Alliance semalam bukan satu-satunya pengumuman yang dilakukan Leica di acara Fotokina. Mereka akhirnya melancarkan aplikasi sarwajagat untuk mengawal kesemua kamera digital yang dihasilkan oleh mereka. Sebelum ini aplikasi berlainan perlu dimuat turun untuk model kamera berbeza.

Menerusi aplikasi FOTOS, kamera yang menyokong WiFi boleh dikawal terus dari peranti pintar Android dan iOS. Pelbagai tetapan seperti kelajuan pengatup, bukaan dan ISO turut boleh dikawal. Mengambil gambar menggunakan peranti sebagai alat kawalan jauh. Gambar yang diambil akan terus dihantar ke peranti untuk suntingan dan memudahkan proses muat naik ke media sosial pilihan.

Antara model kamera yang disokong setakat ini ialah Leica S (Typ 007), SL, M10, M10-P, Q, TL2, TL, T, CL, D-Lux, dan V-Lux. FOTOS versi Beta boleh dimuat turun percuma menerusi pautan di bawah.

Komen