Carian
Microsoft Surface Pro 6 Tertiris – Masih Tiada USB-C
September 27, 2018 Fahim Zahar

Siri komputer riba hibrid iaitu gabungan tablet dan komputer riba Surface adalah antara siri yang terkenal. Ia hadir dengan rekaan yang premium, prestasi yang menarik, skrin yang memuaskan serta sokongan Windows Hello yang lancar. Kini, Microsoft Surface Pro 6 tertiris dan ia membuat peminat Surface kecewa.

Kenapa peminat mula rasa kecewa? Kerana, Surface Pro 6 ini masih tidak menyertakan port USB-C. Sedangkan banyak komputer riba dalam kategori harga mampu milik sudah pun mempunyai port USB-C. Microsoft Surface Go sendiri iaitu versi ‘murah’ Surface juga mempunyai USB-C, kenapa versi premium masih tiada?

Port utama pada Microsoft Surface Pro 6 masih lagi sama dengan Surface Pro lain iaitu, USB-A, mini display dan Surface connector. Perbezaan yang jelas ketara ini hanyalah pada cip pemproses yang kini dinaik taraf kepada cip Intel generasi kelapan. Skrin pula masih sama iaitu Pixel Sense Display 12.3-inci dengan resolusi 2736×1824. Unit yang tertiris ini adalah variasi Intel i5 8th, memori 8GB RAM dan storan 128GB.

Tiada lagi maklumat mengenai tarikh pelancaran dan harga jualan, tetapi pasti harganya akan lebih kurang sama – iaitu harga yang premium.

Komen