Carian
SIKURPhone XZ1 Dan XA2 Dilancarkan – Peranti Sony Dengan SikurOS Kalis Godam Dan Dompet Kriptowang Terbina
September 27, 2018 Effi Saharudin

Pada Mac yang lalu SIKURPhone diumumkan sebagai peranti kalis godam yang turut mempunyai dompet kriptowang terbina. Walaupun hanya dijana pemproses MediaTek, memori sebesar 4GB RAM dan kamera utama 13-Megapixel, ia dijual pada harga $799 sebuah. Bagi yang merasakan spesifikasi ini terlalu rendah, SIKURPhone XZ1 dan XA2 telah dilancarkan.

Jangan betulkan kanta cermin mata anda kerana ia memang kelihatan seperti Sony Xperia XZ1 dan Xperia XA2. Perbezaan hanya terletak pada sistem operasi SikurOS yang digunakan dan dompet kriptowang. SIKURPhone XZ1 dilengkapi skrin 5.2″ HD penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB. Kamera utama sebesar 19-Megapixel f/2.0, kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 2700 mAh.

SIKURPhone XA2 pula dilengkapi skrin 5.2″ IPS LCD yang digunakan menyokong resolusi 1080P. Ini dipadankan dengan pemproses Snapdragon 630, memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 32GB, kamera utama 23-Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh.

SIKURPhone XZ1 dijual pada harga $850(~RM 3521) manakala SIKURPhone XA2 dijual pada harga $650 (~RM 2692).

Komen