Xiaomi Redmi 6 Kini Boleh Dikemaskini Kepada MIUI 10

Xiaomi Redmi 6 Kini Boleh Dikemaskini Kepada MIUI 10

Diterbitkan pada Sep 27, 2018 oleh .

Xiaomi Redmi 6 adalah peranti kelas permulaan Xiaomi dengan kualiti kamera yang menarik. Ia hadir dengan sokongan kecerdasan buatan pada sistem dan juga kamera. Peranti ini kini boleh dikemaskini kepada MIUI 10.

MIUI 10 adalah sistem operasi yang berasaskan Android dan mempunyai integrasi kecerdasan buatan. Selain itu, rekaan antaramuka MIUI 10 mesra pengguna dan kelihatan mirip Android asli 9.0 Pie dengan sedikit gabungan iOS.

Bagi pengguna yang ingin mendapatkannya, boleh tunggu OTA atau terus muat turun fail ROM di bawah untuk mengemaskini secara manual.

ROM Recovery MIUI 10 Xiaomi Redmi 6 Di Sini


TIPS & ULASAN