Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu Mi Max 3, Mi Band 3 dan juga Pocophone F1 Kevlar Edition. Ketiga-tiga peranti baru ini dilancarkan selari dengan pembukaan Mi Store baru di Sunway Pyramid.

Mi Max 3 merupakan telefon pintar dengan skrin bersaiz 6.9-inci, dijana Snapdragon 636, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Melengkapkannya adalah dwi-kamera belakang 12+5-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel, selain bateri berkapasiti 5500mAh. Mi Max 3 dijual pada harga RM1099.

Xiaomi Mi Max 3

Mi Band 3 turut telah mula dijual di Malaysia bermula hari ini, dimana ia hadir dengan sokongan kalir air, skrin OLED, dan kemudahan melihat notifikasi dan sebagainya terus padanya.

Xiaomi Mi Band 3

Bagi pengguna yang berminat, boleh mendapatkan kesemua peranti baru daripada Xiaomi ini secara rasmi melalui Mi Store atau laman rasmi Mi hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd