LG V40 ThinQ Diperlihatkan Secara Rasmi Dengan Fokus Terhadap Tri-Kamera Belakang
LG

LG V40 ThinQ Diperlihatkan Secara Rasmi Dengan Fokus Terhadap Tri-Kamera Belakang

Diterbitkan pada Sep 27, 2018 oleh .

Lanjutan daripada ketirisan beberapa gambar LG V40 ThinQ sebelum ini, hari ini pengeluar dari Korea Selatan berkenaan telah pun memperlihatkannya secara rasmi kepada semua.

LG V40 ThinQ

LG V40 hadir dengan skrin 6.4-inci bertakuk, menggunakan dwi-kamera hadapan, dan menariknya ia hadir dengan tri-kamera pada bahagian belakang.

Pihak LG hanya sekadar memperlihatkan LG V40 sahaja, dan masih tidak berkongsi lanjut mengenai spesifikasi, fungsi kamera dan sebagainya buat masa ini.

LG menjadualkan pengenalan telefon pintar ini secara rasminya pada 4 Oktober ini.


TIPS & ULASAN