Realme 2 Pro Dan C1 Kini Rasmi Dengan Pemproses Snapdragon 660

Realme 2 Pro Dan C1 Kini Rasmi Dengan Pemproses Snapdragon 660

Diterbitkan pada Sep 27, 2018 oleh .

Realme 2 Pro dan C1 telah dilancarkan sebentar tadi. Kini mulakan dengan Realme 2 Pro hadir dengan skrin bertakuk kecil dan mengetengahkan kemampuan mengambil gambar swafoto. Ia dilengkapi skrin 6.3″ TFT LCD FHD+, dijana cip Snapdragon 660, memori 4/6/8GB dan storan sebesar 64/128 GB UFD 2.1.

Dari segi kamera pula ia dilengkapi kamera utama 16+2 Megapixel f/1.7 dan kamera swafoto 16-Megapixel f/2.0. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 3500 mAh yang dicaj menggunakan port mikroUSB. Ia menggunakan Android 8.1 dengan pelancar ColorOS 5.2. Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang tetapi nyakunci wajah masih disokong.

Tubuh kerangka diperbuat daripada logam dengan panel belakang diperbuat daripada bahan polikarbonat. Dengan Snapdragon 660, Realme 2 Pro boleh merakam video pada resolusi 4K 30FPS. Akhir sekali bicu audio disertakan pada bahagian bawah.

Realme C1 pula dilengkapi skrin 6.2″ TFT LCD, dijana pemproses Snapdragon 450, memori 2GB RAM, storan 64GB, kamera utama 13+2 Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 4230 mAh.

Di India Realme 2 Pro dijual pada harga INR 13,990 (~RM 797) dengan tawaran warna Ice Lake, Black Sea, and Blue Ocean. Realme C1 pula dijula pada harga INR 6999 (~RM 399) dalam warna hitam dan biru.


TIPS & ULASAN