Cari @ Amanz

Oppo sebelum ini telah sedia hadir dengan telefon pintar Oppo Find X yang menawarkan rekaan nirbingkai, selain bahagian kamera yang disembunyikan. Kini, selain daripada penawaran versi biasa, Oppo juga dijangka akan memperkenalkan versi baru dengan 10GB RAM.

Versi baru ini dilihat telah melalui pengesahan pihak berkuasa di China, sekaligus memperlihatkan ia bakal dipasarkan tidak lama lagi. Secara tidak langsung, telefon pintar Oppo Find X 10GB RAM ini juga akan menjadi telefon pintar pertama di dunia dengan 10GB RAM bersama dengannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Oppo akan mengumumkan secara rasminya telefon pintar 10GB RAM yang pertama di dunia ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd